wahaha. i've got this forward mail frm my biao ge.
i was so lazy to forward it so i post it here.
here is it:
Subject : konspirasi minyak
Saudara sekalian
Pertama sekali abang kpd Perdana Menteri kita ia itu
Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef
menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan
MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk
sembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jual
sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30
setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?
Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah
mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan
duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.
Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama
Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin
menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar tak
sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta.
Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang
yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.
Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang
sabsidi minyak di potong dan harga minyak nail 30 sen
satu liter.
Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit
rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat
telekom German ia itu Deutsche Telekom. Terpaksa bayar
ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu
buat kontrak.
Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi
minyak.
Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia
pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.
Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke
Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang
sekeluarga.
Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan
yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.
Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik,
belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala
Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta
Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja
makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi
sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud
jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik
dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM300.
Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga
minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak
di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.
Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100
batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong
tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya
Utara Selatan kita). aku tau ni sebab aku pernah study
kat utara kedah 5 tahun....
Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda
Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah
daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia.
Inilah kelebihannya di Thailand- tak ada AP di sana.
Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang
perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250
sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000
sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal
sebagai "AP King". Rasuah AP ini telah berlanjutan
selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang
terpaksa tanggung rasuah AP ini.
Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang
dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga
sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia
rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak
cukup wang - maka potonglah sabsidi minyak. Maka naik
lah harga minyak 30 sen satu liter.
Saya minta sila sebarkan maklumat ini kepada
seberapa ramai orang yang kita kenali. Maklumat ini
elok di jadikan sepanduk dan kain rentang untuk di
kibarkan pada Hari Jumaat ini. Semoga Tuhan kita akan
melindungi rakyat Malaysia yang bersusah payah
daripada kejahilan dan kerakusan tamak haloba
Kerajaan. kau renung baik2..abis la kita terutamanya
melayu jadi mangsa melayu...
-shaima-
alright. thats it.
hopefully can get internet connection soon.
Telstra sucks.